



PROGRAM KUTIPAN DANA
Sumbangan, infak dan sedekah dialu-alukan untuk membantu pelaksanaan pelbagai program yang diadakan oleh Yayasan Impak bagi membantu kelangsungan hidup untuk yang kurang bernasib baik.
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek-projek kebajikan sepenuhnya.
Selamat Datang
PENGUMUMAN
Ketahui info terkini kami dan tetaplah berhubung dengan perkembangan terbaru yang kami sediakan.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti setiap update yang kami kongsikan agar anda sentiasa berada di hadapan dalam menyokong usaha-usaha murni dan impak positif yang kami bawa kepada masyarakat.
PROJEK TERKINI
Program ini salah satu inisiatif untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti serta memberikan peluang kepada mereka untuk menyantuni golongan yang kurang bernasib baik. Seterusnya, ia juga dapat melahirkan rasa bertanggungjawab, berempati kepada orang sekeliling serta menjadi contoh teladan.
Klik di bawah untuk maklumat lanjut.
IMPAK SPM
– PENDIDIKAN

BERITA BAIK UNTUK PELAJAR SPM 24/25 ![]()
Program Intervensi Meningkatkan Pencapaian Aspirasi Kecemerlangan (IMPAK) SPM 2024/25 KEMBALI LAGI ![]()
![]()
Antara kelebihan jika anda menyertai program ini adalah:
Percuma tanpa apa-apa bayaran
Cikgu cemerlang, berpengalaman dan sporting
Nota lengkap disediakan
Video-video pembelajaran yang menarik
Platform nota dan latihan yang mesra pelajar
Peningkatan pelajar dipantau oleh guru cemerlang
Slot pemantapan Rohani dan Mental
Belajar secara online
Bengkel bersemuka
PULAU SEBATIK
– WATER FOR LIFE PROGRAM

Dikhabarkan masalah air di Pulau Sebatik, Tawau Sabah ini sudah berlarutan sejak dari tahun lepas lagi tapi makin bertambah teruk apabila air empangan utama pulau mengering akibat kemarau yang berpanjangan. Ketiadaan air menyebabkan penduduk pulau terpaksa menggunakan air sungai dan menadah air hujan, juga dikhuatiri air ini tidak berapa bersih.
Team Yayasan IMPAK bersama dengan BAKIP telah turun padang mengagihkan bantuan air mineral dan juga melihat sendiri keadaan penduduk yang terjejas. Kami telah melawat Kampung Bergosong, Kampung Sungai Tongkang, Kampung Tamang, Kampung Mentadak dan Kampung Wallace Bay dan manakala lagi 10 kampung turut sama mendapat bantuan air mineral yang disumbangan.
MAHRAJAN MADANI SABAH 2024 – AKAN DATANG

PROGRAM AKAN DATANG PADA OGOS/ SEPTEMBER INI.
Menyambut para petugas daripada Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah dan Volunteers Community Malaysia (VCM) yang telah menyantuni penduduk Pulau Mabul selama dua hari 6-7hb Mac dengan memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada semua penduduk bersempena program Festival Komuniti Semporna Mahrajan Ijtimaie 2023.
Antara Aktiviti Yayasan Impak
PROGRAM SEMASA

Perbincangan Program Water for Life (W4L) Pulau Sebatik

Perbincangan tentang program pendidikan IMPAK SPM

Perbincangan Program Water for Life (W4L) Pulau Sebatik

penyelarasan Program IMPAK SPM 2024

Perbincangan Program Mahrajan Madani Sabah

permohonan Geran Yayasan Hasanah

MAJLIS PELANCARAN NASIONAL IMPAK SPM 2024/25

Perbincangan mengenai program digital akan datang
Alhamdulillah, kita telah mengadakan perbincangan bersama Dato’ Amir daripada Human Resource Development Corporation (HRDCorp), Mr Keith daripada ICDL dan Puan Zahra berkenaan kolaborasi bersama pihak-pihak berkenaan dalam program digital akan datang.

PENDIDIKAN

KEBAJIKAN

KOMUNITI
RAKAN KERJASAMA
Bekerjasama dengan pelbagai organisasi dan individu untuk mencapai misi dan matlamat. Rakan kongsi termasuk badan amal, perniagaan dan sukarelawan tempatan yang berkongsi komitmen dan satu hasrat yang sama untuk memberi kesan positif kepada masyarakat.








